Lawatan Akademik Latihan Industri

Lawatan Akademik Latihan Industri dan #kebolehpasaran Pelajar

1.Berpeluang menyertai delegasi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) untuk lawatan akademik latihan industri pelajar FBKT di beberapa tempat terpilih sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bersama Timbalan Dekan Penyelidikan, Prof Madya Ts Dr Sarizam Mamat dan Ts Dr Andi Hermawan.

2.Tujuan lawatan akademik ini bagi melihat perkembangan pelajar yang Program Teknologi Bahan UMK (SEB) yang akan menamatkan LI dalam masa terdekat. Selain itu, perbincangan mengenai potensi kerjasama untuk menjalankan program Work Based Learning (WBL) turut diadakan selain promosi berkaitan Industrial Postgraduate dan potensi kerjasama penyelidikan antara FBKT dan industri.

3.Lawatan ke Polypaq Sdn Bhd yang terletak di Semenyih disambut oleh pelajar SEB, Luqman dan penyelia Puan Izati. Polypaq merupakan syarikat yang mengkhususkan kepada pembuatan PET strapping band dan pembungkusan plastik. Luqman mendapat elaun sebagai pelajar LI dan kami dimaklumkan dia akan ditawarkan untuk terus diserap bekerja sebelum LI tamat. Alhamdulillah, satu berita yang sangat menggembirakan buat kami.

4.Lawatan ke Dwisolar Sdn Bhd melibatkan 2 orang pelajar SEB, Ain dan Faris bersama penyelia En Anas. Syarikat yang terletak di Shah Alam ini memfokuskan kepada servis berkaitan perlindungan kebakaran untuk oil and gas, transportation, kesihatan dan lain – lain. Pelajar memaklumkan banyak didedahkan pengetahuan baharu berkaitan perlindungan kebakaran. Ain dan Faris turut mendapat elaun LI dan memaklumkan telah mendapat tawaran bekerja di Dwisolar dengan selepas LI tamat dengan gaji yang baik. Alhamdulillah, satu lagi berita yang sangat mengujakan bagi pihak kami dalam lawatan kali ini.

5.Secara umumnya, pihak industri berminat berkaitan agenda yang dibawa dan meminta maklumat lanjut untuk diperbincangkan bersama pihak pengurusan tertinggi, Follow-up akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan hasil lawatan ini akan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan pelajar dan UMK.

6.Lawatan ini juga menjadi salah satu indikator penting untuk pemantauan #kebolehpasaran graduan pelajar Program Teknologi Bahan UMK dalam industri – industri yang terlibat.

7.Jutaan terima kasih diucapkan buat pihak industri yang telah menerima pelajar FBKT untuk LI dan sudi menerima kunjungan pihak kami pada kali ini.

#fbktohsem

#drhakiminabdullah

#latihanindustri

#GraduateEmployability

Kita #BinaLegasiUMK Bersama

#OfficialUMK #UMKinfo

Prof Madya ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah